Thursday, May 15, 2008

SUHAIMI IBRAHIM SU POLITIK PM ??


Salam n selamat pagi semua.. apa khabar sedara mara & sahabat handai di rompin.. harap-harap kalian gembira di pagi jumaat yang mulia ni kan.. Jap-jap lagi solat jumaat.. marilah kita mengimarahkan masjid seawalnya.. ari ni aku nak tulis tentang isu di kopi house di kl yang sedang hangat memperkatakan Dato Suhaimi Ibrahim.. bekas Presiden GPMS dulu tu.. dengar ceritanya akan dilantik ke Jawatan SETIAUSAHA POLITIK PM yang baru.. Ntah la yeke ke tak.. tapi yang aku tau Dato Suhaimi tu Bekas Orang Kuat DSAI dulu.. Masa Dato Suhaimi Form Six, DSAI la Pengetuanya.. Tengokla Gaya dan Muka pun ada iras-iras.. harap-harap PM tak salah buat pilihan.. Tapi Dato Suhaimi ni pun bagus gak, dia bukan orang yang mudah give up.. tengokla, walaupun jatuh dalam politik, tapi event2 politik still join samaada di pahang mahupun di kawasan dia sndri lepeh tu..

YB SAFHRI & DATO MAZNAH-TAHNIAH


Dalam suasana kelabu asap memikirkan nasib wakil rompin di Dewan Rakyat.. Tup-tup nak jadi rezeki Dato Maznah diankat ke Timbalan menteri Alam Sekitar.. Walaupun Maznah ni ADUN tapi sekarang jadi SENATOR MAZNAH..hah kau.. terkejut orang-orang Muadzam.. ala beb apa nak pelik.. PM dah Memang Pelik.. so Maznah Kena letak jawatan EXCO negeri.. Pusing punya pusing sapa nak ganti MB last-last MB ambil Haji Sahfri ni Jadi Exco, so Jadi la YB ni Exco termuda di Pahang.. TAHNIAH LA BELAKA-BELAKA YEK..

DATO JJ.. DONT GIVE UP



( Ni Gambar DATO JJ Main Polo.. Terer La Plak Gayanya .)
PRU 12 Sememangnya menjanjikan Kejutan Di Seluruh negara.. Namun ianya tidak memberi kesan kepada masyarakat Di Parlimen Rompin... Namun bilamana Dato JJ digugurkan daripada kebinet baru PM.. seluruh warga rompin terkujat.. apa taknya, bak kata seorang rakan.. " Nape la Paklah ni Buat Keputusan Pening-pening, Orang sebagus dato JJ boleh gugur, member tu kan baru je harumkan nama negara dalam program angkasawan tahun lepas.. PM tak Nampak ke apa yang dato JJ buat..".. itulah antara respon awal dari rakan-rakan yang kehairanan dengan keputusan PM.. bukan apa.. rekod pencapaian Dato ni kan bagus, tengok je masa jd CEO TNB.. satu malaya terang benderang tanpa ada big problem.. Malah Tun Mahathir pun respek pada Dato JJ.. guana Pok Lah jd Gini.. buat dato JJ.. dont wory la.. Politik ni like that la.. kejap atas kejap bawah.. tengok Sabery Chik, Dulu jadi Calon S46, Tapi bila jadi Calon UMNO.. hah sekarang jadi menteri.. Tak Pun dato JJ kena berguru dengan Shahrir Sama JB tu, dah berpuluh Tahun Bertahan.. last-last jadi menteri semula.. So, Now..u Dont Stop Ur Service ar Dato'.. walaupun PM buat-buat tak nampak kejayaan u, Kami Orang Rompin masih yakin dengan dato..

WARGA ROMPIN - SELAMAT BER'BLOG'..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat seluruh warga rompin, walau dimana kalian bermastautin,samaada di bandar mahupun di kampung, samaada di Ibu Kota Mettropolitan mahupun Nun Jauh Di Pendalaman, Sama ada anda Tokoh Korporat Di Putrajaya, Kuala Lumpur,Kuantan waima di Muadzam Shah, mahupun kalian Nelayan Tua di Persisir Pantai, Peneroka Di Selancar, Selendang, Keratong, Atau Pecinta Kedamaian Keindahan Di kampung-kampung Tradisional di Pianggu, Tanjung Gemok,Leban Chondong, Kedaik, Sungai Puteri, Lubuk Batu, Bukit Ibam Mahupun Kampung Aur.. Pedulikan Persekitaran mahupun darjat, pedulikan anda veteran mahupun remaja hingusan, pedulikan anda penyokong kerajaan mahupun Penentang... Marilah kita bersama-sama meluangkan masa walau sedetik waktu, untuk bersama-sama bertukar-tukar pandangan dan memberi pendapat DEMI PEMBANGUNAN AGAMA, BANGSA, NEGARA & DAERAH YANG KITA CINTAI ini.. bukan secara semborono (tapi kalau dah x ade idea.. bantai je.. ).. tapi pandangan yang positif dan membina..